Salam seribu kali salam,
Salam sayang hamba ucapkan,
Hari ni hari Khamis,
Esok pulak hari Jumaat.
Errr... Dah kenapa pantun kau ni teruk sangat dayah.. Hmmm...ッ ッ
Hokay, tak payahla berpantun, buat movie review pun okay dah.. Hihiihi..
Logan..
Siapa yang follow cerita X-Men mesti tergedik-gedik nak tengok cerita ni kan.. Salah seorang yang tergedik-gedik tu aku ler tu.. Hahahha..ッ ッ
Logan ni mengisahkan Wolverine dan kawan-kawannya iaitu Professor X dan Caliban. Masa ni adalah masa kepupusan mutan. Jadi Wolverine bekerja sebagai pemandu untuk menampung perbelanjaan hidup.
Tetapi, keadaan menjadi tunggang-langgang apabila ada seorang perempuan bernama Gabriela mencari dan meminta pertolongan daripada Wolverin. Gabriela minta tolong Wolverine untuk menjaga dan menghantar anaknya, Laura ke suatu tempat yang dipanggil Eden. Mulanya Wolverine keberatan tapi setelah disogok dengan sejumlah wang Wolverine pun bersetuju.
Tetapi apa yang Wolverine tak tahu, Laura ni pelik sikit... Apa yang peliknya kat Laura ni?? Kena la p tengok... ;) ;)
Untuk Logan, aku bagi 9.5/10 (maklumlah die hard fans).
IMDb memberikan rating sebanyak 8.5/10 dan Rotten Tomatoes plak sebanyak 92%.
Overall, movie ni memang superb! Siap ada babak sedih lagi kat belakang, Sakit dada baq hang!! ッ

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.