Wednesday, 1 March 2017

Jalan Seri Iskandar ke Kuala Kangsar yang Menggerunkan

Askum semua... Untuk pengetahuan semua, aku menulis entri ini sambil mendengar satu instrumental music yang seram.. 


(boleh klik link ni kalau korang teringin nak dengar muzik tu sambil membaca untuk impak yang lebih maksima). 

Hari semakin menginjak petang... Ataupun lebih tepat lagi, Maghrib.... Suram.. Seperti mahu hujan... Aku teringat kejadian semalam... Sewaktu melepak-lepak kat kedai mee celop yang berpeluh jantan aku mencarinya... Aku flash back satu-persatu pengalaman seram yang pernah aku alami sendiri... Atau mungkin aku sendiri yang buat-buat seram aku pun tak pasti.... Tanpa berceloteh panjang lebar... Mari mulakan........

Google Maps Image
Kejadian itu berlaku sekitar tahun 2014, tak silap aku. Ketika kejadian ini, aku masih bekerja lagi di Ipoh. Sampai hujung minggu, kawan aku, K, ajak aku bermalam dekat kampung dia.. K anak kelahiran Pulau Pinang.. 

"Jomlah wei, p balik kampung aku.. Lagipun hg boleh hantarkan L balik rumah sekali..."

L, adik K yang masih belajar di salah sebuah pusat pengajian tinggi di Seri Iskandar.. Mulanya aku agak keberatan.. Tapi bila difikir balik, atleast boleh juga tenangkan fikiran setelah berminggu-minggu bekerja...

Jadi, Jumaat petang itu kami terus gerak pergi ambil Si L... Masalahnya sampai-sampai di rumah L, dekat-dekat pukul 9++ malam tak silap aku....  Siap-siap masukkan barang semua dalam kereta, maka kami pun memulakan perjalanan ke Pulau Pinang....

Tiba-tiba......

"Wei, kita ikut jalan lama lah... Masuk kat Plaza Tol Kuala Kangsar nanti... Banyak kan signboard pi Kuala Kangsar kan?? Tak payah la kita patah balik masuk highway Ipoh..."

Aku bersuara... Memandangkan aku driver malam tu, K dan L tiada bantahan... Jadi, aku pun ikut saja signboard ke Kuala Kangsar.. Aku rasa aku ada membelok... Tak ingat belok ke kanan atau kiri.... Kiranya lepas dari Kolej Professional Mara tu.... Kat traffic light......

Kami teruskan perjalanan lagi... Tapi Plaza Tol ke Kuala Kangsar tak jumpa-jumpa... Aku tanya K dan L,

"Bukan ke dekat ke Plaza Tol tu?? Nape dah 15minit perjalanan masih tak jumpa??"

K dan L diam... Mungkin sebab diorang tak tahu jalan sekitar kawasan tu... Aku tak sedap hati... Aku capai telefon nak call kawan aku yang memang menetap di Seri Iskandar...

"N, macam mana nak p Plaza Tol KK dari SI wei?? Kitorang ikot jalan dalam ni......."

Mula-mula dengar suara aku, N ceria.... Sementelah si N ni memang happy go lucky orangnya.... Tapi bila dengar je aku bagitahu kami ikot jalan dalam, dia diam.... LAMA..... Speechless kata orang...... Tiba-tiba dia bersuara,

"Wei, better komer patah balik la... Masuk ke highway Ipoh...."

Aku hanya hmmm je... Selepas panggilan telefon dimatikan, aku cakap dengan K dan L, takpela kita cuba teruskan dengan jalan ni... Sebab aku rasa nak patah balik pun dah jauh sangat kami masuk....

Jadi, kerana kebangangnan aku, kami teruskan jua meredah jalan tersebut... Haru.......

Jalan sunyi, gelap gelita, sebiji lampu jalan pun tak ada... Kiri kanan kebun kelapa sawit..... Ada juga rumah kediaman sepanjang jalan tu tetapi jaraknya sekitar 500m ke 1km... Jalan berbukit-bukau, tinggi dan pelik.... Kita boleh nampak cerun di depan kita.... betapa jauhnya jalan tu.....

Takde satu kereta pun di depan atau dibelakang kereta kami... Cuma kadang-kadang ternampak motor orang kampung.... 

Suasana suram, begitu juga suasana di dalam kereta... Kami masing-masing diam melayan perasaan.... Tiba-tiba ada kereta dari belakang kereta kami. Yang aku pelik tu, perlu ke ikut rapat?? Aku positif, mungkin dia takut juga macam kitorang... Atleast dekat dengan kitorang adalah peneman kan.... 

Tapi, dah 5min hingga 10min perjalanan dia masih kat belakang, masih ikot rapat... Sebijik macam kejadian ke Cameron Highlands yang aku pernah share dulu... Nak baca?? KLIK SINI

Aku dah tak sedap hati... Macam-macam dalam fikiran aku... Perompak ke hah? Ya Allah selamatkanlah perjalanan kami......

Aku dari kelajuan kereta macam baru balik market, ape lagi, tambah kelajuan la... Gila kau... Apa-apa pun boleh jadi tau..... 

Sampai kat satu kawasan, kereta tu membelok... Lega!!!

Kami teruskan perjalanan.... Masa tu, kelihatan rumah-rumah kediaman tu semakin rapat. Ada gerai makan!! Kami pun berhenti di situ.. Selepas dah pastikan semua manusia yang ada dekat kedai tu berkaki, kami pun pesan makanan... Betapa lapaqnya kami......

Walaupun bagi sesetengah orang tu, pengalaman ni taklah seram mana, tapi orang yang berada dalam situasi tu je akan faham... Aku bersyukur kami selamat sampai Plaza Tol Kuala Kangsar... Amin... :) :) :)

Insyallah aku akan share lagi kisah pengalaman aku nanti... Bye ;)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.