Monday, 13 March 2017

Kisah Seram Rumah Flat

Hai... Salam Isnin...

Seperti yang komer tau aku memang suka membaca/mendengar kisah2 seram ni terutamanya kat Fiksyen Shasha.. Tapi, kebelakangan ni aku cuba hadkan diri aku dari membaca supaya aku tak terbawak2 dalam hidup aku sendiri dan menambahkan ketakutan diri ini... Hehehe

Bukan ape, lepas aku baca satu episod kat Fiksyen Shasha yang bertajuk Akibat Taksub dengan Rancangan Seram aku rasa lebih baik aku take a break for a while.. Mana taknya, nak p berak siang2 kat opis pun terasa nak ajak member teman. Ko rasa? Aku rasa takut. ッッ

Jadi, dalam beberapa hari ni kuranglah aku melayari website Fiksyen Shasha ni.. Tapi masalahnya.... Aku tak tahu ler benda ni semua khayalan aku je ke, atau otak aku buat2 ke sebab aku terlampau takut sangat ke aku pun tak tahu...

I do not own anything. Picture from https://www.pinterest.com/pin/404972191472547646/
Kenapa? Nak tahu kenapa? Tak... Kebelakangan ni aku selalu dengar orang tarik/tolak perabot tengah2 malam.. Kalau sekali (satu malam), aku boleh la anggap yang ade orang pindah time tengah malam sebab nak elakkan lif penuh. Tapi aku rasa dah 2-3kali dah aku dengar.. Masalahnya kucing aku pun dengar... Hmm...

Tapi tulah.. Masa rumah lama pun ada jugak dengar "perkara" yang demikian, main guli tengah hari buta, tarik perabot malam2, yang lagi mengancam tu, Si Ichy, kucing aku tu...

Ok macam ni ceritanya.. Kejadian berlaku kat rumah lama aku.. Ok, aku menyewa di rumah flat dua bilik.. Satu bilik aku guna, satu lagi bilik aku buat bilik tetamu/simpan barang (hehehe). Jadi bilik ni memang jarang orang duduk.. Aku ni plak suka buka tingkap bilik tu.. Kebetulan satu hari ni, aku nak masuk ambil barang. Kucing aku Si Ichy gedik menyelit nak masuk jugak.. Bila dah siap ambil barang, aku pun dukung la dia nak bawa keluar. Dia meronta-ronta siap mengeow macam nak bergaduh tu. Tapi mata dia memandang je kat satu sudut... Speechless! Taktahu nak kata apa la wei..

Insyallah ada masa aku akan share cerita pasal Ichy ni.. Dia ni pun ada "cerita" ni.. :) ;)

Hidung comot, cowi... hehehehe

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.