Friday, 26 May 2017

Welcome Ya Ramadhan 2017

Alhamdulillah.. Diberikan rezeki oleh Allah SWT untuk merasa lagi sekali keberkatan dan nikmatnya Ramadhan.. Sebelum menjelangnya Ramadhan kali ni, banyak yang aku dengar berita tentang kehilangan sanak-saudara. Takziah diucapkan..

Teringat setahun yang lalu, dikala kami kehilangan insan yang sangat istimewa iaitu Abah. Puasa dan raya rasa macam tak lengkap.. Rasa dah tak meriah. Tapi apakan daya, setiap yang hidup itu pasti akan rasai mati.

Jadi, di kesempatan Ramadhan kali ini, aku menyusun jari sepuluh, memohon maaf jikalau terdapat kesilapan dan segala kekhilafan diri ini. Sesungguhnya aku insan yang hina. Tidak lari dari membuat kesilapan.

Diharapkan Ramadhan kali ini memberi 1000 satu makna dan kita semua sentiasa berada di dalam keredhaanNya. Amin... Salam Ramdhan.

I do not own any copyright (Gambar ehsan dari Google)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.