Tuesday, 16 May 2017

How I Meet My Cat : Percy

Percy. Ataupun nama panggilan dia untuk Ichy. Sebab apa aku bagi nama dia Percy? Sebab "M" kat atas dahi dia tu macam simbol tongkat Poseidon. FYI, aku memang minat gila dengan sejarah tuhan-tuhan Greek ni.

Nama panggilan dia Ichy plak aku dapat dari perkataan Jepun iaitu "Ichi" yang bermaksud "satu". Which means Ichy is my first baby. 😃😃😃 Ok, let's start!

20 April 2014


Petang tu lepas balik kerja, aku pun pergilah ke kedai makan yang aku selalu singgah untuk makan malam dengan kawan aku. Tiba-tiba, kawan aku menjerit. 

"Ahhh!! Macam ada sesuatu dok main dalam kain aku!" Kebetulan dia pakai kain hari tu.

Dia pun selak la nak tengok kat bawah meja. Aku nampak seekor anak kucing yang comot. Kecik lagi. Mungkin dalam sebulan kot umur dia.

Aku tengok dia.. Aku tanya owner kedai tu kalau-kalau ada kucing kecik tu kepunyaan dia. Aku tanya dia lagi, boleh ke kalau aku nak amik anak kucing tu. Dia kata, ambillah. Tapi anak dia macam berat hati nak bagi. Tapi akhirnya dia bagi juga.

23 April 2014  (1 month old)
Start on that day, Ichy is part of my family. Aku terpaksa tinggalkan Ichy dalam bonet kereta untuk membeli barang-barang keperluan dia seperti cat litter, susu, botol susu dan makanan. 

Dia baik. Dia duduk dan tidur dalam kereta sementara aku pergi beli keperluan dia.

Sampai-sampai kat rumah Ichy macam selsema. Dia asyik bersin. Yelah, masa aku ambil dia tu, hujan rintik-rintik. Mungkin terkena hujan. 

Bagi aku, Ichy ni tak banyak songeh. Dia akan main je dengan ape aje toys yang aku buat untuk dia. Aku gumpal-gumpal kertas dan baling kat dia pun dia main. Feveret dia la tuh! ツツ

Dia manja.. Aku tahu dia sayang aku. Tapi dia takkan tunjuk kasih sayang dia tu. Cuma bila aku panggil dia, dia akan jawab lembut... ツ Dia akan jilat dan groom aku anytime he had a chance. Hahaha 😃😃 He's so cute!! And when he felt trusted and attached with anybody, he will start to suck on that person's shirt. Especially the smelly one. Hahahaha

7 Mei 2014  (1++ month old)
Jadi, begitulah ceritanya macam mana aku jumpa Ichy ni.. Tak leh nak tulis panjang2 lebar takot habis idea plak nak bercerita nanti.. Hehehe.. Sebelum aku menutup tirai jadi aku letak gambar Ichy. No haters k! Bye.

13 Mei 2014  (2 month old)

13 Mei 2014  (2 month old)
Sept 2014 (6 month old)
2 April 2016  (2 years old)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.