Ichy... Or Percy. His real name. My first fur baby. Masa aku ambil dia tu tak silap aku, pada 20/4/2014.. Kat satu kedai makan semasa aku tinggal di Ipoh. Tapi, hari ni aku bukan nak bercerita tentang macam mana aku jumpa si Ichy ni. Tapi aku ada cerita macam mana aku jumpa Ichy ni kat sini (KLIK SINI) Hari ni aku nak bercerita tentang Ichy dan 'kawan' dia.
Kejadian ni berlaku pada bulan September 2014. Di mana waktu itu, aku baru mula bekerja di Pulau Pinang. Kalau dulu di Ipoh, aku hanya menyewa bilik. Tapi, di Pulau Pinang proses pencarian bilik agak sukar memandangkan aku mempunyai haiwan kesayangan iaitu Ichy dan kawan-kawannya.
Kebetulan pula, bila dicari-cari di Mudah.my, aku terjumpa iklan rumah flat untuk disewakan. Sewanya memang sepadan dengan gaji aku yang tak seberapa masa itu. Jadi, apa lagi. Sewa teruslah.
Ichy memang peneman aku semenjak aku menyewa bilik lagi. Jadi, tinggallah kami empat beranak iaitu aku, Ichy, Adik dan Milo.
Pada suatu malam, dah lewat malam dah waktu tu. Lebih dari tengah malam aku rasa. Aku baru lepas tengok movie. Hajat hati nak pergi tandas. Keluar2 tandas, rasa nak pergi usap2 sikit kepala anak-anak aku tu. Tapi, aku tengok Ichy pelik. Dia berlari-lari macam dikejar sesuatu/seseorang. Nak kata main dengan aku, bukan aku yang kejar dia. Gembira sungguh aku tengok dia. Siap slide sampai dinding. Terkangkang-kangkang. Happy benor ye kamu Ichy. Aku dah rasa berdebar-debar.
Apa lagi, masuk bilik dan tdo! Tak berani aku nak jadi penonton Ichy tengah main dengan "kawan" dia.
"Eleh, baru nampak dia main camtu dah kata ada sixth sense. Gila ke ape minah ni?"
Korang kata aku gila?? Memangla. Cer kalau komer ada kat tempat aku. Tak pernah rasa, memang senanggg je mulut berkata. Tengok2 kalau jadi kat diri sendiri, mau terkencing2.
Ok, tak mau maghah2..
Kemuncaknya bila satu hari, si Ichy ni hilang.. Puas aku cari dia. Semua bilik aku masuk, tengok bawah almari, dalam almari dapur. Tak ada. Sebelum tu, biar aku cerita dulu keadaan dapur kat rumah aku. Dapur dengan tong gas aku memang ada kat luar. Balkoni belakang yang orang guna untuk sidai kain, aku letak dapur kat situ untuk mengelakkan bila masak tu, rumah aku berbau.
Jadi aku keluar ikut balkoni ni dan jerit2 nama Ichy. Tiba-tiba aku dengar dia menyahut. Dia ada kat rumah sebelah la pulak!! Macam mana aku nak panjat p sebelah sana. Memang jarak antara balkoni rumah aku dan rumah sebelah agak dekat.
Tapi dalam hati aku terfikir 'macam mana Ichy boleh keluar ye. Seingat aku pintu, tingkat keluar balkoni ni tutup masa aku keluar tu...'
Tapi, aku tak fikir panjang, terus turun dan pergi ke rumah sebelah tu.
'Nasib baik rumah sebelah tu kosong Ichy. Kalau tak diorang mesti pelankong Mama sebab tak jaga hang'. Aku membebel dalam hati.
Bila aku sampai kat rumah sebelah tu, aku cuba panggil Ichy.. Takde yang menyahut.. Agak dah 5 minit dok terjerit Ichy2, aku putus asa. Balik ke rumah balik. Sampai kat rumah, aku nampak Ichy dah ada kat dalam rumah!
Check pintu belakang, tingkap semua kunci. Ahhh sudah. Macam mana Ichy boleh masuk kalau aku kunci pintu tingkap semua??
Sejak dari tu, aku tau yang Ichy memang ada "kawan" yang aku tak nampak. Dan aku tahu, kawan tu mungkin hanya berniat nak kawan je dengan Ichy. (Err.. Hopefully).
Oh, btw hari ni 20 April 2017 genap 3tahun aku amik Ichy. Nak wish or bagi hadiah anniversary Ichy, boleh bagi kat Mama dia ek.. Hihhiihihih

![]() |
| Ichy, 2 April 2016 |

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.