Akhirnya jumpa gak Si Nikki tu...
Tak silap aku hari Jumaat kot. Ada seorang perempuan berbangsa Indonesia call aku. Dia tanya...
"Kakak ada hilang kucing ke? Bulu banyak, matanya ijo gitu.."
"Ya... betul2.." (secara tak langsung aku bertukar loghat)
"Saya nampak dia di dalam longkang di tepi lif... Saya cuba ambil dia tapi saya mengandung kak.. Laginya longkang itu dalam juga...."
"Yeke? Ok2 saya balik sekarang....!"
![]() |
| Mrs Dracula 19 Oktober 2016 |
Nasib baik setiap hari Jumaat lunch break aku dalam 2jam++... Kalau tak takdan aku nak mencari si Nikki ni.. Sampai kawasan rumah aku cari keliling longkang yang diperkatakan tapi tak jumpa.. Aku telefon perempun tadi balik...
"Di situlah saya jumpa dia kakaknya..." dia sambung....
Aku putus asa.. Bukan kata Nikki, bayang-bayang dia pun aku tak nampak. Sudah! Balik ofis dulu la...
Petang tu, aku dapat lagi panggilan berkenaan Nikki.. Tapi kali ni daripada seorang budak.. Dia kata dia ambil Nikki dulu simpan di rumah dia supaya Nikki ni tak menjalar merata lagi.. Idea yang bijak adik.. Petang tu aku ambil Nikki dan mengucapkan ribuan terima kasih kat dia (berserta sedikit ganjaran).
Sampai rumah, tanpa rasa bersalah Nikki berjalan ke mangkuk makan dia! Oh Nikki. Sungguh aku pening! 😃😃😃😃
Macam mana aku jumpa si Nikki ni? BACA KAT SINI!!

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.