Friday, 19 February 2016

My Adventure : Rumah Kelahiran P.Ramlee

Salam Jumaat semua!

3) Rumah Kelahiran P.Ramlee

24/5/2016 2.10 pm

Ok, keesokan harinya, kami berkunjung pulak ke rumah kelahiran P.Ramlee. Peta kat bawah ni menunjukkan di mana terletaknya rumah P.Ramlee tu.


Rumah P.Ramlee ni dibina oleh ayah dan bapa saudaranya pada tahun 1926. Rumah ini adalah rumah di mana P.Ramlee dilahirkan.




Tenang suasana dari luar kawasan rumah
Bila masuk je ke dalam rumah, terdapat beberapa gambar yang disusun di dinding rumah tersebut. Gambar-gambar tersebut termasuklah gambar ibu bapa P.Ramlee, gambar sekolah, gambar beliau semasa muda, gambar pasport dan bermacam-macam lagi. 

Terdapat juga tabung bantuan di tepi tingkap yang mana dana ini akan digunakan untuk penyelenggaraan rumah tersebut. 





Tapi yang sangat menarik perhatian aku adalah ni. Cermin muka P.Ramlee dimana beliau akan menggunakan cermin ni untuk bersiap. Cool kan?



Di satu penjuru sebelum masuk ke bilik tidur, terdapat satu biola dipamerkan. Berkemungkinan milik beliau. Dan kawasan terakhir di dalam rumah tersebut adalah dapur yang kemas dan tersusun.







Dan yang terakhir, suasana dari luar rumah tersebut bersama posing aku. Haahahahha



Ok, sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.