Wednesday, 2 December 2015

Tikam : Episod 2 : Kali Pertama..

"Aryana! Jom." 

Itu Nalis Sandra, BFF aku. Suaranya yang bingit, perwatakan yang sentiasa happy membuatkan aku sentiasa rasa dia comel dan kelakar. Dia mempunyai ketinggian yang lebih kurang sama dengan aku, badannya yang sedang-sedang saja dan mempunyai warna kulit seputih susu. Bagi aku dia mempunyai raut wajah yang menarik. Cuma disebabkan perangainya seperti beruk kadang-kadang menyebabkan semua teman lelakinya meninggalkannya. Walau bagaimanapun, aku tetap sayang dia seperti seorang kawan.


"Cepatla Aryana! Kau janji nak teman aku. Yeay!!" Ulang si Nalis sambil melompat-lompat.

'Kau memang macam beruk tau Nalis.' Namun kata-kata itu hanya terkeluar dalam hatiku sahaja. 


"Eh, Nalis. Kita nak pergi mana ni? Kau belum beritahu aku lagi kita nak pergi mana."

Tanpa sepatah kata, Nalis menarik tanganku dan terus berjalan ke tempat yang dia maksudkan. Sebuah bangunan yang seakan-akan sebuah gudang. Aku masih buntu dan tiada petunjuk apakah tempat ini. 

Kemudian, mata aku tertumpu ke satu kain rentang. Di atasnya tertulis 'Hari Terbuka Fakulti Kejuruteraan Perkapalan.'

Aku rasa seram sejuk tiba-tiba. Resah, gelisah dan panas kurasakan silih berganti. Otakku serta-merta mengimbas kembali wajah itu. Seth. Aku semakin berdebar. Dan dari kejauhan aku nampak wajah itu. Semakin lama semakin dekat. Dan dia tersenyum. Aku terpaku. Dia semakin dekat, dekat dan dekat. Tapi, dia menghampiri Nalis. 


"Hi Baby, you're here!!" Seth menyapa Nalis. 


"Of course I will be here for you, Seth. It's your big day, right?" Balas Nalis kepada Seth.

Dan ya. Aku berdiri macam mikrofon seperti dalam babak rakaman filem.


"Oh lupa. Aryana, kenalkan. Ni teman lelaki baru aku. Dan Seth, ni Aryana. Kawan baik I." Ujar Nalis sambil senyum tergedik-gedik.

Aku rasa macam mata aku berat. Macam ada cecair di situ. Panas. Tiba-tiba aku teringat insiden kertas tempoh hari. Dan kali pertama aku bertemu dengan Seth. Aku teringat insiden tu.


"Badan gemuk macam kau ni takkan tak mampu nak angkat kerusi ringan ni pon." Zack. Kononnya dia paling kacak di abad ini. Dia ketua seksyen kat kelas aku. Muka macam biawak ada hati nak persoalkan badan aku yang seksi ni. 

Untuk angkat kerusi ni aku tiada masalah. Cuma tangan aku terseliuh semalam. Memang sakit. Tapi untuk berterus-terang dengan orang macam Zack ni memang menyakitkan hati. Jadi aku berdiam diri dan terus mengangkat kerusi tu perlahan-lahan. Bukan apa, kelas kami ramai sangat, jadi ada mahasiswa yang terpaksa pinjam kerusi dari kelas lain.


"Meh sini." Aku terkejut dan pandanganku terus terfokus ke mata itu. Mata coklat yang kini aku rindu. Mata coklat yang aku tahu teman lelaki kawan baikku. Seth.


"Takpe-takpe. Saya boleh ang..." Aku tengok Seth dah semeter di depanku. 

Aku rasa terharu. Ada juga manusia yang layan aku dengan baik. Bermula daripada hari itu, aku rasa aku jatuh hati pada Seth. Sebab tak pernah seorang lelaki layan aku sebaik dia. Aku tau dia baik. 


"Ri belajar kat sini jugak ke?" Hah? Aku masih mengelamun ke? "Ri memang suka mengelamun ke?" 

'Ya. Seth tengah cakap dengan kau la Aryana. Kenapa kau diam je?'


"Ri?" Aku macam nak tergelak.


"Aah.. Ri. Tak boleh ke saya panggil awak Ri? Aryana tu panjang sangat babe." Seth kenyit mata.

Nak kena jantan ni tau. Kau tau aku memang suka kat kau.


"Haah.. Civil Engineering."
Balasku sambil melangkah pergi. 'Lantak kaulah Nalis, BF kau ada pandai-pandailah kau balik. uwaaaa... Boyfriend!!'

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.