Semalam, selesai aku ber"shopping" barang dapur di Giant, aku pun keluar untuk p bayar paking. Tak semena2 aku ternampak seekor kucing hitam yang comel sangat. Tengok punya tengok. Macam persian. Aku toleh kiri kanan kot2 ada tuan ke.. Tp takde.. Dia macam sorang2..
Aku pon panggil la dia.. "Meow"... "Meow"....
Dia menyahut. Lapar. Aku pon mintak tolong kawan aku untuk p beli wetfood kat dalam Giant. Aku bagi dia makan.. Kesian... Lapar benor dia.. Dia makan sepaket kecil makanan tu sampai habis sekaligus.
Hmmm.. Aku pon berbincang dengan kawan aku tu.. Tanya pendapat dia tentang kucing ni bertuan ke tak. Tapi nampak manja sangat.. Pastu, aku terus ambil keputusan nak bawa dia balik. Carikan dia orang yang nak jaga dia. Adopt dia. Sebab aku kesian dia seorang diri kat kawasan tu. Dan setahu aku Persian ni jenis yang tak pandai melawan. Lagi takut lagi bila ada manusia yang tak suka kucing. Mesti diorang akan sepak bila kucing tu mai dekat dengan diorang.
Aku pun angkatlah dia.. Tetiba seorang promoter Giant tegur aku.
"Aii.. nak bawak p mana kucing tu? Ni kucing cik ka? aku mula takut. Kalau2 dia tuan kucing hitam tu.
"Ish.. takpela cik. Cik bawa la balik. Tadi pon orang dok halau2 dia. Dia lapar. Saya bagi susu kat dia.." Sambung promoter tu. Aku rasa lega.
Sampai rumah aku mandikan dia sebab badan dia kotor dan basah sebab kena hujan. Aku mandikan dan keringkan badan dia. Bila dah kering bulunya, barula aku sedar betapa lembutnya bulu dia.. Sape la agaknya tuan yang tergamak buang dia. Or mungkin dia sesat. Hmm.. aku pon tak tahu nak teka lagi.
Bila tengok keadaan dia, dia betina. Aku agak umur dia mungkin dalam setahun lebih. Dan puting dia nampak besar. Mungkin dia dah lahirkan anak. Tapi aku tak nampak pon anak dia sekitar tu. And yang comel tu, muka , mata n badan dia sebijik macam cerita How to train your dragon tu.. Toothless !
![]() |
| Tengok tu ! sama kan? |
Kesian aku tengok dia. Kalo ada sape2 yang nak adopt dia, sila komen kat bawah. Harap2 tuan baru dia dapat menjaga dia sebaik mungkin. Dan aku namakan dia, Nikki. :)





No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.