Sunday, 23 June 2019

Malaysia's Horror Movies

Haaa.. tudia.. dari Januari hari tu aku kata nak post kan, last2 Jun baru keluar. Bukan apa, baru ada kesempatan dan semangat. 😉😉

Jadi tak perlu nak sembang panjang-panjang, Let's go to the main topic. Malaysia's Horror Movies. Jom tengok senarai movies yang aku pernah tengok :-

1) Jangan Pandang Belakang

Image result for jangan pandang belakang
Gambar ehsan dari Google

Movie ini adalah lakonan Pierre Andre, Intan Ladyana dan Mak Mah selaku watak kelakar dalam movie ni. Bagi aku, walaupun cerita ni dah lama, dan bila tengok balik boleh nampak kepincangan editing namun kesan seram yang masih tertinggal dalam movie ni tak boleh aku lupakan. 
(Rating 9/10)

2) Pontianak Harum Sundal Malam

Gambar ehsan dari Google

Kecantikan Maya Karin sebagai wanita Melaya tidak dapat dilupakan bila kita menonton movie ni. Perasaan bercambur baur, sedih, marah dah takut turut terasa seiring dengan cerita nenek moyang mengenai kisah hidup wanita yang mati ketika mengandung dan kemudiannya menjelma sebagai pontianak disebabkan rohnya tidak tenteram. Lagu Misha Omar juga sentiasa teringat-ingat selepas menonton. (Rating 8/10)

3) Hantu Kak Limah

Image result for hantu kak limah
Gambar ehsan dari Google

Hantu Kak Limah juga adalah movie kelakar seram yang dilakonkan oleh Awie, Johan Raja Lawak dan AC Mizal. Kelakar kelakar juga tapi masa Kak Limah baru muncul tu seram juga. Jadi movie ni aku rate kan 8/10. 

4) Jwanita

Image result for jwanita
Gambar ehsan dari Google

Jwanita juga adalah lakonan Maya Karin. Aku memang suka Maya Karin sebab dia memang macam wanita melayu terakhir. Hehehehe. Bagi aku yang seram adalah babak Marsha Milan Londoh dibunuh. Yang lain tu ok ok jela. Rating 6/10

Yang kat bawah ni plak adalah watchlist aku :-

1) Felina 

Image result for felina
Gambar ehsan dari Google

2) Misteri Delaila

Image result for TAJUK : MISTERI DILAILA
Gambar ehsan dari Google

Sekian dulu dari aku, bye bye ã‚·ã‚·

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.