Aku ingat lagi, beberapa hari yang lalu, satu peristiwa yang paling menyedihkan berlaku dalam hidup aku. Aku diingatkan betapa tak sempurnanya aku. Aku menangis, aku sedih, aku kecewa, hampa, perasaan bercampur baur di dalam hati. Sekejap aku menangis. Sekejap aku kata pada diri aku "alah, apa ada hal.." Orang-orang yang menjahati aku tu tak memberikan apa-apa kesan di dalam hidup aku. Jauh sekali untuk membantu aku mencari sesuap nasi. Tetapi, hati manusia. Lemah. Sentiasa bergoyang. Sentiasa berfikir.
Jadi, aku Google "what to do when people do something bad to you?" Bermacam-macam suggestion yang dijumpai. Salah satu nya menangis. Jadi aku menangis. Aku menangis sampai terpaksa pejam-pejam mata tu nak membolehkan air mata keluar. Ermm... Nampaknya perasaan tu bukan sedih. Tapi marah. Jadi, aku teringat suatu masa dulu aku terbaca Surah Adh-Dhuha boleh dibaca untuk melegakan stress, marah semua. Jadi aku buka Youtube dan dengar surah tu. Sedap, indah iramanya..
Tapi, aku seperti seorang American yang mendengar dialek Jawa, tak paham sepatah pun dari bacaan surah tersebut. Apa lagi, Google kan ada. Hehehehehe.. Jadi aku Google.
Subhanallah.. Maksudnya begitu indah... Sumber dari Wikipedia, surah ini adalah surah kedua yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW bilamana Nabi merasa sedih kerana tidak mendengar apa-apa berita daripada Jibrail selama 6 bulan. Jadi, begini maksudnya surah tersebut.
![]() |
| Picture from http://www.islamicstudies.info/quran. I do not own anything. |
Cuba tengok maksud Verse 2 tu : Your Lord, (O Holy Prophet,) has neither forsake you, nor has become displeased. Tuhanmu, wahai Muhammad, tidaklah meninggalkanmu apatahlagi melupakan mu...
Serta-merta air mata aku mencurah2.. Aku lupa Allah, tapi aku tahu Dia tak pernah lupakan aku. Aku masih hidup, bernafas, dan masih mampu makan.
Jadi, aku cari. Macam mana nak buat sesuatu kalau kita tak paham situasi yang terjadi kan. Aku tak nak mengikut membuta tuli. Bagi aku, bila aku ikot membuta tuli, ia takkan kekal. Jadi, aku cari dan cari dan cari. Alhamdulillah, akhirnya aku faham. terima kasih atas kasihmu Allah.
Dan aku berterima kasih kepada hamba Allah yang membuat aku sedih pada hari yang tersebut tu. Kalau bukan sebab dia, aku masih tertanya what is my life's purpose?

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.