Monday, 20 February 2017

Teguran Puaka

Image result for misteriSalam Isnin...

Aku taktahu la kenapa kebelakangan ni aku suka sangat baca post-post dekat Fiksyen Shasha ni.. Ketagih kot.. Semua ni bermula dengan kisah si Sherry tu la... Nampak macam cliche tapi aku tau kemungkinan benda tu terjadi tu tinggi.. 

Okay, dalam dok terbaca post-post dekat Fiksyen Shasha tu aku teringat satu kisah ni.. Korang baca dan bagi markah dalam skala 1 hingga 10 yang cerita ni seram ke tak... Dah jangan nak merepek lagi jom kita mulakan cerita..

Dulu, aku bersekolah di sekolah teknik dekat Slim River.. Batch 2003-2004 kalau tak silap aku.. Kampung aku kat Tapah. Jadi, nak tak nak kenalah duduk asrama kan.. Sape plak nak ulang alik hantar aku kan.. Hehehe

Dekat teknik aku ni, asrama perempuan ada satu je... Sebabnya pelajar perempuan memang tak ramai.. Teknik ni dulu asal sekolah vokasional jadi program yang ada kebanyakan lebih sesuai dengan budak lelaki.. (best gak leh cuci mata kan.. hikhikhik)

Ok, back to the stories. Ni layout plan asrama kitorang.. Senang nak cerita kan.. 

Layout Plan
Jadi, adalah seorang kawan aku ni.. Sebenarnya taklah rapat sangat sebab bukan satu bilik cuma kenallah sebab satu batch kan.. Ok. Sebenarnya aku lupa nama dia... Sorry!!! ;) Jadi aku panggil dia Siti jela ek..

Kisah dia bermula apabila ada satu malam tu, si Siti ni nak terkencing sangat-sangat.. Terkencing ke terberak ke hakak kurang pasti, maklumlah telefon berkarat. Hiihhihi..

Bilik Siti ni Bilik 1 kot.. Jadi dia ni dengan beraninya keluar sorang-sorang tengah-tengah malam tu untuk menunaikan hajatnya lah... Sampai-sampai depan pintu tandas dia ternampak seorang perempuan tengah menebeng kat bulatan merah kat dalam gambar itu. Si Siti ni mungkin tengah blur-blur dan mamai terus menegur perempuan tu, "Buat ape tu menebeng tengah2 malam ni??"

Tapi budak tersebut tak memberi sebarang respon, tak menggeleng, tak mengangguk, tak bercakap walau sepatah pun. Dia hanya pusing dan senyum. (Kalau tak silap aku la.. 13 tahun dah berlalu wei.. Ko rasa?) Jadi, Siti tak bertanya terus berjalan ke dalam tandas dan terus menunaikan ape yang patut..

Bermula pada saat itu, Siti selalu kena rasuk. Kesian sebab kadang2 tengah naik tangga dia terjatuh sebab kena rasuk.. Classmate Siti bagitahu yang Siti selalu nak keluar pergi tandas.. Kadang2 dia ajak classmate dia skali.. "Wei korang, jom p toilet.. Jumpa kawan aku.." Mau tak meremang kan... 

Tak lama lepas tu Siti pindah sekolah untuk tujuan berubat.. 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.