Hi, selamat petang... Hello. 😃
Tengah buat apa tu? Tengah minum petang ye? Hakak ni lapar sungguh.. Takde siapa nak belanja hakak minum.. Ok. Entri kali ni hakak perlu lebih serius. 'Kenapa plak nak seyes2 pompuan ni?' Pompuan korang panggil aku? Yela... Takkan jantan plak kan? Hikhikhik. Ok, back to business!!
Lately, hakak punya laptop dah buat hal.. Hakak tanya dia.. Apa masalah kau ni Mimi? (Mimi tu nama laptop hakak). Then, dia tunjuk kat drive C dan D. Ternyata perut si Mimi makin penuh. Jadi hakak perlu beli perut tambahan buat Mimi. External Hard Disk!!
Hakak ni orangnya simple.. Jadi, survey punya survey kat masih tak jumpa. Baru lah hakak sedar yang hakak ni orangnya cerewet juga.. Hikhikhik.. Jom kita tengok senarai ciri-ciri hard disk yang terbaik yang hakak akan tengok..
......................
1) Ruang simpanan yang besar dan mencukupi (especially "lemak-lemak" tambahan)
Ok. Yang ni adalah ciri-ciri yang amat penting buat hakak. Kenapa? sebab hakak ni Youtuber. Jadi, hakak perlu tempat yang cukup nak simpan video-video tu. Apa nama channel hakak? Hehehe.. Hidayah Anne.. Pi la melawat tau kalau ada masa. Hikhikhik.. Jadi hakak sangat perlukan ruang tambahan untuk simpan footage dan video-video ni.
2) Harga berpatutan
Korang kata la hakak ni cheapskate ke ape ke.. tapi hakak memang pentingkan harga sesuatu barang tu berpatutan dengan barang tersebutla.. Cer korang order tomyam seafood tapi yang korang dapat tomyam bawang and serai je. Tak naik angin ke? Perut tengah lapar kan.
3) Tahan lasak, tahan air (waterproof)
Ye, hard disk tu mesti tahan segala benda kat atas tu. Yelah. Hakak ni dahla clumsy. Tengah-tengah transfer data tetiba, pup! Jatuh pulah. Tengah sedap-sedap minum kopi, puing, tertumpah plak kopinya. Haa, jadi perlu ye hard disk tersebut tahan lasak serta waterproof untuk orang macam hakak ni. Yelah.. Mane la tahu suatu hari nanti hakak dapat hidayah nak pegi menyelam ke kan.. :) (kejadahnya pompuan ni nak bawak hard disk kan? Gila. :))
4) Kecil, senang disimpan dan elegen
Hakak suka benda kecil-kecil ni terutamanya bila benda tu boleh disimpan dalam hand bag. Lagi hakak suka.. Senang, boleh dibawa kemana sahaja.. Yela.. Kot-kot hakak nak p menyelam ke kan. Kalau tak jenuh Doreamon nak kena guna poket dia. Hikhik
Haa.. sebabkan hakak ni macam ni.. Jadi hakak selalu tengok kebaikan tu mengikut rupa paras terlebih dahulu. Jadi, lagi comel/cute/elegan/makeup tebal suatu hard disk tu, lagi hakak berkenan. Muahahahaha
![]() |
| Contoh Hard disk yang cantik (foto ehsan dari Lazada) |
5) Wireless Hard disk
Wireless hard disk. Dah ada kat pasaran ke belum?? Kalau dah ada pm hakak. heheheh 😉😉😉
Bukan apa, pengalaman hakak dengan hard disk sebelum ni, kabel dia selalu rosak. Lepas dah godek-godek, putar sana sini, barulah boleh detect. Tapi taktahu la.. Mungkin sebab data yang nak transfer tu terlalu besar untuk dibuat wireless kot. Huhu.. Adik-adik, advice me! :)
6) Transfer rate yang laju
Yang ni walaupun hakak takdela handal sangat bab-bab komputer ni, hakak harapkan hard disk yang mempunyai transfer rate yang laju untuk mengelakkan hakak keras membatu sementara menunggu siap transfer. Penting ye. Ini penting 😉😉
7) Warranty
Kalau boleh biarlah warranty tu lama sikit kan. Takut jadi pape. Hihikhik..
......................
Jadi, ini lah ciri-ciri hard disk yang hakak inginkan. Psst.. hakak pun dah survey kat LAZADA dan 11streets. Macam syiok je tengok. Heeee.. Let's sneak peak!!
Dan hakak dah tahu dah hard disk apa yang terbaik bagi hakak. (Drum roll)


No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.