Tuesday, 20 September 2016

Thank God I found him.

Ahad lepas, kalut nak cari kedai makan... Lapaq gila... Jadi aku singgah kat satu astaka/medan selera ni.. Tak banyak kedai yang buka.. Mungkin kedai2 ni banyak buka waktu malam kot. 

Jadi takpela.. Aku pun jalan2 sambil ushar2 lauk2 di sesetengah kedai. Dan rezeki ku adalah kedai yang paling hujung. Selepas amik lauk semua, aku duduk sambil tunggu tukang kira datang kira. Aku tengok sekeliling. Banyak kucing.

Dan aku pun makan. Bila dah separuh pinggan tetiba mata aku tertumpu kat seekor anak kucing ni. Kecik je. Sangkaan aku usianya mencecah sebulan. Berjalan2 sekeliling kawasan tu. Mengekor seekor lagi kucing. Rupanya macam si kecik ni. 

Dia ikut kucing tu. Kadang2 aku tengok dia jilat2 minyak kat tulang ikan. Aku tak sampai hati. Aku jadi takut because the last time aku rasa tak sampai ati tengok stray cats, that is the last time I met Tok Batin (the black cat that I met in one of my favorite restaurant).. Hmmm....

And, decision aku? Yes, I took him back. He was so pity. Badan dia penuh kutu. Kotor. Sampai2 rumah lepas mandikan dia aku perasan yang dia jalan terjengket2. Rupa2nya, kaki dia luka. Mungkin terkena puntung rokok yang orang baling merata kot. 
Semalam, aku beli ubat cacing dan ubat kutu. Kesian, aku tahu perut dia sakit. Aku tau segalanya sakit bagi dia. Tapi kuat ya Moo.. Pls kuat..... :)

Muez. I call him Muez. The white cat with blue eyes...






No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.