Wednesday, 4 May 2016

Trip ke Cameron Highland yang Menyeramkan

Hai... Salam Rabu... Aku tak tau why aku end up nak buat entri ni... Mula2 aku nak buat entri pasal benda lain. Tetiba ternampak satu video kat Youtube ni berkisahkan tentang lelaki misteri berjubah hitam....... Aku pun buat research.. Nak buat tentang tempat2 paling menyeramkan di Malaysia, semua tu based on orang lain punya pengalaman. So... why not aku cerita pengalaman aku sendiri??? At least, kawan2 aku sendiri boleh mengakuinya........ 

8 tahun dulu, malam tu... Aku ingat lagi... Masa tu aku masih study kat poli lagi.. Kebetulan malam tu kami baru sampai dari Terengganu. Class trip. Satu bas pi. (Syokk oo!!) Kalo tak silap aku dalam pukul 12am++ kot kami sampai pagi tu.. Aku tak berapa ingat.

Tiba-tiba, salah sorang dari BFF aku, Anis bagi tau, "Wei...!! aku tak amik lagi gambar untuk projek akhir!!" Yeke.. "Kalo macam tu apa kata kita p malam ni??" Aku taktahu idea tu keluar dari sapa. Mungkin dari mulut aku sendiri aku pun tak ingat. Hahahhaha (8 tahun dah berlalu wei...)

Anis. Final Year Project dia berkisarkan tentang teknik2 kestabilan cerun. So, cerun yang dia pilih, hmmm... berada di salah satu bukit di Cameron Highlands. So, malam tu jugak kami gerak!

Shu, masa tu dia je ada kereta. So, dia yang drive. Dalam 2am++ kot kami bertolak malam tu... Kami berenam dalam kereta tu... Aku, Shu, Anis, Una, Eni dan Pnut. Kami ikut  jalan Ipoh-Cameron. Yela sebab poli kami kat Ipoh. Hehehe... 

Tapi, baru lepas je Lubuk Timah, Shu bersuara kat aku... "Wei... aku tak boleh wei... aku tak boleh drive.. aku mengantuk gila.... ko drive wei?? aku dah terlelap2 dah wei..." Dalam hati aku, ko gila ke Shu, memang aku ada lesen. Tapi aku jarang drive. Aku tak cekap. Tapi memikirkan Shu yang mengantuk tahap baban, ku gagahkan jua.....!!! Mau tak mengantuk, trip ke Terengganu tu amik masa 4 hari 3 malam, mahu tak letih wei!!!

Shu berhenti kat tepi bahu jalan. Aku jeling2 jam tangan aku. Dekat2 pukul 3am. Buka je pintu kereta, zhupppppp.....!!!!! Angin kuat menerpa ke muka aku. Serius kuat.. Pelik... Tapi... Aku tak pikir pape.. Aku terus ke tempat driver..

Kami teruskan perjalanan......

Shu dan kawan2 yang lain dah lama hanyut.... Hanya aku dan stereng kereta... Jalan sunyi. Tak berpenghuni.. Gelap gelita....Sekali sekala aku berselisih dengan lori. Mungkin nak hantar sayur kot. Hehehhe.. Aku bawa slow, guna gear 3 je kot tak silap aku. Gila kau! Aku dah la tak cekap.. Naik bukit plak tu. Kerete manual lagi..  Adoyai... 

Pastu, sampai dekat jalan yang bengkang bengkok dan banyak selekoh... Tiba2 ade sebijik kereta kat belakang aku. Ikot rapat. Buka lampu tinggi plak tu. Nampak mcm kereta Wira. Masalahnya aku tak dapat tengok kelibat pemandu tu langsung sebab dia bukak lampu tinggi. 

Dia ikot rapat gila dengan aku... Aku belok dia belok. Nampak smooth je... Tiba2 kat satu selekoh dia potong aku... Laju... Risau jugak aku tengok sebab masa tu ada kenderaan lain dari arah bertentangan... Takut dia tak lepas.. 

Ok jalan kembali sunyi and gelap.. Hanya lampu kereta kami ja.. Aku jeling2 cermin sisi.. Nampak macam lampu kereta lain kat belakang. LEGA ! Ada juga teman kan... 

Tapi, makin lama dia makin dekat.. Makin dia ikut rapat bontot kereta kami... Kereta ni pun buka lampu tinggi... Sekali lagi aku tak dapat nak tengok kelibat pemandu tu... Bila insiden ni berulang 3 kali, aku mula pelik... Terdetik dalam hati aku... Ni kereta yang sama...!!!! Sejuk dingin kaki tangan rasanya... Pelik campur takut taktahu nak kata...

Tiba2, Eni/Anis bersuara, "Wei, bukak lagu wei..." Aku rasa nak cepuk je... Aku tengah takut.. (Rupa2nya esok depa bagitau aku, depa pun rasa pelik+takut malam tadi...)

Aku teruskan perjalanan, ada rasa pelik+seram di hati... Tapi diamkan aje. Tapi ada few kejadian pelik yang berlaku lepas tu... Aku taktahu sebab aku mengantuk or benda tu betul2 berlaku... Aku nampak jalan tu straight, tapi rupa2nya belok 360 darjah! Aku nampak anjing kat depan tapi rupa2nya takde pun... 

Esoknya kami berbincang2 pasal hal tu... Masing2 melengu macam blur2+takut+pelik.. Tapi, bila aku masuk U, adalah sorang kawan ni, dia memang duduk dekat Cameron Highlands dari kecil. Dia bagitau, orang Cameron memang takkan keluar/guna jalan tu more than pukul 10 malam.. Kalau tak akan terjumpa kereta tu.. Dia bagitahu bahawa kereta tu adalah mangsa kemalangan yang cuba potong tapi tak lepas... Wallahualambisawab...... Aku gerun.....

Kalo orang pelik hari ni, why aku takut macam2 la ni, ni salah satu sebabnya... Macam2 dah kena.. Insyallah next time aku share lagi... Bye2!!

Gambar dari salah satu tapak projek syarikat aku

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.