Hari ni hakak nak cerita sikit pasal ketumbit. Ape taknya !! Pagi2 dengar radio KoolFM, si AG dan Haiza dok menyanyi lagu ketumbit.. Terus keluar dalam kepala otak hakak nak buat entri hari ni pasal ketumbit. Hehehe
Time kecik2 dulu hakak selalu jugak kena ketumbit ni. Tapi bila dah dewasa, jarang2 dia naik. Tapi, ketumbit hakak ketumbit kecil2 je. Dia tak sempat naik hakak dah rawat dia.
"Ecehhh... macam buat video plak kan. Hehe"
Tapi sebelum tu, jom kita korek2 dulu salah silah ketumbit ni.
_______________________________________________________________
1) Apa itu KETUMBIT ??
Ketumbit terjadi apabila kelenjar minyak di hujung kelopak mata dijangkiti kuman. Ia menyerupai jerawat pada kelopak/garisan mata. Ia boleh tumbuh di dalam atau di luar garis mata.
Ketumbit akan menyebabkan mata tersebut bengkak, kemerahan dan berair.
![]() |
| Gambar ehsan dari Google |
Ketumbit berpunca daripada bakteria yang dijumpai di dalam hidung dan dipindahkan dengan mudah ke mata apabila anda menggosok hidung dan mata anda.
Untuk mengelakkan masalah ini berlaku, jangan menyentuh mata jika tangan anda tidak bersih, dan jangan berkongsi sarung bantal, cadar, dan tuala dengan orang lain.
3) Rawatan KETUMBIT ??
- Meletakkan hot compress di mata yang bermasalah selama 10 hingga 15 minit, tiga atau empat kali sehari, sepanjang beberapa hari.
- Biasanya ketumbit boleh sembuh sendiri, tapi kalo korang jenis yang selalu kena ketumbit, doktor akan bagi antibiotik dan krim sapu untuk kawasan yang bermasalah
- Jangan sesekali pecahkan ketumbit !! Sakit kan?!!
- Ada setengah orang sarankan untuk meletakkan hirisan bawang putih. Tapi hakak dapat bayangkan betapa pedihnya.
4) Rawatan Tradisional KETUMBIT (cara hakak !)
Ambil benang hitam, korang lilit2 kat jari tengah/ jari hantu/jari fuck (Kalo tak tau lagi jari mana hakak pun taktahula dik :) ) korang. Biar tebal sikit. Buat ala2 cincin. Ikat dan simpulkan. Sekiranya ketumbit tu di mata kanan, lilit benang hitam tu pada jari sebelah kiri. Begitu juga sebaliknya.
Tapi make sure ketumbit tu baru nak tumbuh la. Agak2 baru jadi macam jerawat kecil tu, terus lilit benang hitam tu. Kalo dah besar dan bengkak teruk, baik pergi jumpa doktor jela kan.
Tapi sepanjang hidup hakak, ketumbit ni tak pernah naik teruk. Dia jadi macam jerawat tu, hilang... Korang cuba dulu, pastu korang bagitau kat hakak, jadi tak petua ni ye. Ke hakak yang syok sendiri... Hehehehheheh
_______________________________________________________________
Ok.. Sampai kat sini saja entri akak pasal ketumbit ni. Jangan lupa komen kot2 korang ada cara lain untuk masalah ketumbit ni. Thank you for reading my humble blog guys!! Till next time.
**Sumber rujukan : http://www.allaboutvision.com/conditions/styes.htm,
*** Baca entri akak pasal Ear Fungal Infection?? Klik Sini !

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.