Friday, 20 November 2015

Tip Untuk Viva Final Year Project

Salam Jumaat..

Jadi, hari ni aku akan tulis entri ni dalam Bahasa Melayu sebab aku nak fokus tip ni pada adik2 yang masih belajar and dalam perjalanan nak menghadapi FYP (Final Year Project) pada hujung2 pengajian.

Buat pengetahuan korang, aku Degree dlm Civil Engineering. Jadi dapat bayangkan tak macam mana FYP aku? Confirm penuh dgn konkrit bagai kan? Hahaha.. Bukan nak belagak. Tapi itulah aku hadapi. Aku tak boleh ingat macam mana jari aku terkepit dgn spesimen. Besar jugak spesimen aku.  100cm x 100cm x 500cm. Haaa.. Lebih kurang panjang ni.. And berat dia dalam 15kg. Korang bayangkan jari kita yang halus tetiba terkepit dengan menatang tu? Jerit mcm gila kot.. ('',)


Haaaa... Lebih kurang ni la besarnya..

Ok.. Bukan tu yang aku nak share rini, aku nak share pengalaman aku dengan korang. Aku harap ape yg aku tulis ni dapat membantu korang.. tak byk sikit pon jadila.. Oh, let's move on..!!

(a) Setahun Sebelum VIVA.........

  • Setahun sebelum ''the big day (VIVA)'', korang kena cari Supervisor (SV) korang. SV ni makna kata pensyarah yang akan jadi penasihat FYP korang. Kalo korang ade tajuk sendiri, benda yang korang minat. Usulkan kepada dia.. 
  • Tapi kalo korang takde tajuk dalam kepala, takpe.. Discuss dengan dia. Kot2 dia memang ade tajuk untuk student dia.. Untung2 dia ade grantt. Lagi bagus. hehehe
  • Selepas korang dah decide tajuk yang sesuai, mula cari data/jurnal/buku rujukan atau ape2 la bahan rujukan yang sesuai dan mula baca. Take note! 
  • Ape dia?? Mana nak cari jurnal? Kat universiti aku, kitorang ade sistem Library Online. Duduk depan laptop je boleh akses ke arkib perpustakaan kami. So, boleh cari semua jurnal dalam tu. Aku rasa setiap universiti mungkin buat sistem yang sama. 
  • Tapi ape yang paling penting, fahamkan betul2 ape yang korang nak buat.


(b) 9 Bulan Sebelum VIVA.........


  • Fokus kepada Introduction, Abstrak dan Metodologi.
  • Introduction : Maksudnya salam perkenalan. Bila kita jumpa seseorang yang kita tak pernah jumpa, ape kita akan bgtau dia? "Hai, nama saya Abu, berumur 24 tahun, bekerja di KFC, masih bujang dan tinggal di Pasir Putih." Haa.. tu maksud intoduction. Maklumat secara kasar tentang FYP kita. Sentiasa ingat 4W1H. What, When, Where, Who and How. Ape yang kita nak buat untuk FYP ni? Bila kita nak buat? Kat mana? Dengan sape/ape? and macam mana kita nak buat?
  • Abstrak pulak : Summarize kita punya introduction. Tulis secara ringkas introduction kita dalam sehelai kertas. SV aku nasihatkan, untuk FYP degree, abstrak sehelai pon dah memadai.
  • Metodologi : Cara kita nak buat penyelesaian masalah. Kalo Case Study, penyelesaian masalah kita more on buat Questionnaire and distribute. Tapi kalo Base on Practical, of coz kita kena buat test.. Metodologi ni biasanya orang buat dlm flowchart tentang ape step yang kita akan follow.



(c) 6 Bulan Sebelum VIVA.........


  • Okay, sekarang ni kita dah kena start buat segala mak nenek testing/questionnaire sebab kita perlukan result untuk kita nilai in the end kan.
  • Segala testing/questionnaire ni amik masa. So plssss adik2.. Jgn take it easy. Start dari awal..!



(d) 3 Bulan Sebelum VIVA.........


  • Dalam tempoh sekarang ni, korang sepatutnya dah ade result dah sebab korang perlu analisis semua result tu.
  • Cari the best discussion. Dalam stage discussion, korang akan terangkan, contohnya, dalam ujian yg korang buat, didapati A lebih tinggi dari B. Manakala, C lebih rendah dari A. So, itu salah 1 cara discussion yang perlu korang buat.
  • Then, conclude. Why A lagi tinggi? Ape faktor yang buat A lagi tinggi? Adakah A meningkat secara semulajadi? haaa... sort of macam tu la discussionnya.



(e) 2 Bulan Sebelum VIVA.........


Poster
  • Time ni korang dah kena siapkanTecnical Paper and poster. Kat universiti aku, kitorg kena buat 2kali tecnical paper. Masa FYP 1 and FYP2. 
  • Segala testing/questionnaire ni amik masa. So plssss adik2.. Jgn take it easy. Start dari awal..!
Contoh Technical Paper. Ni memang aku pnya. Sorry kena hide ape yg ptt. Takot copyright issue. ;)
Ni powerpoint aku as a help time aku present FYP1


(f) Seminggu Sebelum VIVA.........


  • Dalam seminggu ni, aku assume korang memang dah paham 100% ape yang korang buat selama setahun ni.
  • Korang juga perlu berkebolehan menerangkan kepada panel/penonton dapatan daripada FYP korang supaya panel tak tanya terok2. (Aku tak janji! ;) hikhikhik)

Haaa.. nila sedikit sebanyak yang aku boleh share tentang FYP ni. Ni pon pengalaman aku.. Aku harap korang berjaya dengan cemerlang dlm FYP korang. and dlm Degree sekali. Amin... Ni aku share skit susah payah yang aku hadapi masa buat FYP ni...

Contoh Jurnal

Masa buat Trial Mix. Yes!! Baju Kurung

Masa timbang spesimen.. Berat doh!

Slump Test

Masa ambil sampel





No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.