Hai guys!
Watch Out! Entry kali ni boleh membuat korang suma kebosanan kerana byk tulisan yang pjg2..
Err.. tajuk ni macam a bit gelimat right? But.. rasanya aku perlu share gak pengalaman aku dengan suma orang rakyat Malaysia ni.. cewaahhh.. (tergamak aku)
Ok.. Cerita aku bermula di sini.. Pada suatu hari yang indah di bulan Julai 2015, selepas aku bersiram, aku pon tanpa segan silu mengambil sepasang cotton bud untuk mencuci telingaku yang agak gatal.. Punya sedap mengorek tiba-tiba, ouucccchhhhhhhh!!!!
Aku tercucuk dalam sangat..!! Aku sedapkan hati aku, takde pape ni.. Tapi selepas beberapa hari kemudian, aku mula rasa sakit, berdenyut2, kebetulan beberapa hari tak hujan. Aku pon assume yang maybe aku kekurangan air. Jadi, berbotol2 air aku minum tapi aku telingaku still sakit.
Lalu, pada Ogos 2015, aku menyerah diri pergi ke klinik A sebab sakit tu memang tak tertanggung.. Doktor bagitahu yang dinding telinga aku memang luka sikit and a bit bernanah. So dia bg ubat tahan sakit and ubat titik..
Tapi sakit still tak kurang, beberapa hari selepas tu aku pergi klinik lain.. Klinik B.. and doktor kat klinik B still bagi ubat dan ubat titik. Doktor klinik B jugak bagitahu yang nanah dlm telinga aku kena cuci. Dengan cara tu je telinga aku boleh sembuh seperti sedia kala. hehehe. Then dia bagitahu aku kena datang esok untuk cuci nanah dalam telinga aku tu. Esoknya aku datang and doktor pon mulalah mencuci telinga aku.
Wahhh!! aku berasa segar.. Pendengaran aku pon sedikit pulih.. Namun, setelah beberapa hari, telinga aku makin sakit, makin sakit, sehingga aku tak boleh tdo malam.. Berdenyut2 kat dlm tu.. Sekeliling memang rasa bengkak gilaaalaahh!!
Then, aku pergi lagi ke klinik B.. And yang sedihnya, doktor kat klinik B bgtau yang aku perlu refer ke pakar ENT yang berdekatan (Ear, Nose and Throat) sebab dia dah tak boleh tengok dah dalam telinga aku tu thru benda ni.. hehehe..
 |
| Otoskop (Picture from Google) |
Dalam hati aku pon memang taktahu nak rasa macam mana.. Seumur hidup aku tak penah aku jumpa ENT. hehehe. So, aku pon pergilah jumpa pkar ENT ni kat satu hospital swasta ni.. And doktor pakar tu bagitau yang bukaan telinga memang kecil. Dia tak boleh nampak gegendang. Dan!!! ada FUNGAL INFECTION!! Takot dengar weh... hmm... Dia bgtahu jugak, dia boleh cuci infection ni, tapi aku akan rasa sakit amat sangat. Then, dia advise aku untuk admit sebab dia bleh bagi aku pengsan masa dia cuci tu dan tak rasa sakit.. And aku tak payah bayar rawatan tu sebab insurans cover.
 |
| Pada hari mula-mula aku di refer ke ENT, 11 Ogos 2015 |
Tengokla tu betapa tebal kulat yang ade tu.. memang geli.. Doktor cakap benda ni jadi mcm ni disebabkan kemungkinan doktor di Klinik B cuci telinga aku dengan air paip.. Bammm!! memang pon!! Sebab setahu aku semua tools yang berkaitan perubatan kena sanitize dlu kan.. but, aku ade Google, ubat telinga yang aku guna tu boleh juga sebabkan kulat tu merebak.. So, hanya Allah je yang tahu macam mana aku rasa.. Nak menangis..
So, aku pon admit.....
 |
| Muka stress tengok drama melayu... (hahahaha) |
So, minor operation tu happen esoknya.. Punyala nebes tatau nak kata.. First time admit ward.. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. But doktor datang check dia kata gegendang aku luka sikit masa operate tu. But dia cakap akan sembuh thru time.. Aku kena pantang seafood and no swimming atleast 3 bulan.
 |
Amboi, senyom lebau nampak lepas operate tu.. (hehehe) Aku suka baju hospital ni.. Selesa.. |
 |
| Happy dapat makan pisang.. |
 |
| Makanan hospital yang sangat sedap!! |
Duduk sehari dalam wad selepas operation tu untuk Doktor monitor, lepas tu boleh keluar.. But kena follow up. Mula2 seminggu sekali. Then boleh reduce kepada sebulan sekali. So, ni la keadaan telinga tu lepas sebulan lebih. Doktor kata dah nampak better dari mula2 dlu.. Tapi hal2 telinga memang ambil masa nak sembuh.
 |
| Keadaannya selepas sebulan lebih, 19 Sep 2015 |
Better, but still ade sisa2 nanah lagi.. aku harap dikau cepat sembuh wahai telinga.. Amin... Insyallah.. |
| Last appointment, 10 Okt 2015 |
 |
| Ni adalah combination picture kat atas supaya nampak perbezaan |
Sampai ke hari ni ada jugak sakit sebab aku ada demam dalam beberapa hari ni.. Aku berdoa kau cepat sembuh wahai telingaku... Amin...
And thumbs up pada nurse and doktor hospital tu.. Sangat polite and efisien.. Aku memang berpuas hati..
P/S : aku rasa sakit aku ni disebabkan pakai erafon and dengar lagu kuat2 gak.. So, bersederhana and jangan lupa sebulan sekali sanitize earfon dgn alkohol swab or anything. Jangan rendam plak! hahaha.. ok Bye! ;)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.